|
SALAM SEJAHTERA . 
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB YAPAF CATERING & RESTAURANT SDN BHD.
Terima kasih kerana melayari laman web kami ini.
YAPAF ialah ringkasan daripada YAYASAN PELAJARAN AL FALAH. Nama ini diambil sempena nama sebuah sekolah agama di Perak yang mana salah seorang pengasasnya ialah ayah kepada penasihat syarikat YAPAF CATERING & RESTAURANT SDN BHD., iaitu Hj Zainal Abidin Bin Rahmat. Kami telah lebih 10 tahun menjalankan perniagaan katering dan kafetaria ini.
Syarikat kami berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan boleh berurusan melalui eperolehan. Juga berdaftar sebagai syarikat Bumiputra.
Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah seperti berikut :
1. Perkhidmatan katering untuk semua acara di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan yang berhampiran. Pelanggan kami terdiri daripada Jabatan kerajaan, swasta, majlis persendirian.
2. Perkhidmatan kami merangkumi pelayan, peralatan lengkap untuk majlis biasa dan juga eksklusif. Samada berhidang dome, biasa, buffet juga berkonsep gerai dll.
3. Penyewaan kanopi untuk semua acara. Kanopi dengan semua kelengkapan kerusi, meja, hiasan, pentas, platform dll
4. PAKEJ PERKAHWINAN ISTIMEWA kami juga merangkumi keseluruhan majlis dari awal hingga akhir spt kad jemputan kahwin, hiasan dewan dan kanopi, meja beradap dan gubahan makanan pengantin, pelamin & Andaman, kamera video & fotografi, system P.A, karaoke, persembahan pentas. Tidak lupa juga menu untuk jemputan yang pelbagai pilihan.
Di dalam laman web ini kami sertakan juga Pakej Perkahwinan Istimewa kami dan juga menu-menu cadangan kami untuk pelbagai majlis.
Harga dan menu semua boleh dirunding mengikut bajet anda.
Sila teruskan melayari laman web kami ini dan hubungi wakil kami untuk sebarang perbincangan lanjut.
Kami menantikan panggilan anda.
|